YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya
kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami
sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah
dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan
kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN. ….
.:
Luasnya Neraka :.
Yazid
Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
nabi s.a.w.:
"Mengapa
aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang
kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu
nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana panasnya.
Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air
panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api
neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari
orang laki-laki dan perempuan."
Nabi
s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah
dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah
lebih panas)
Tanya
Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab
Jibrail:
"Pintu
yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu
kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu
ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke
empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu
kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke
enam tempat orang nasara bernama Sa’eir."
Kemudian
Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat."
Maka
nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."
Kemudian
nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan
tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari
Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah
kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1.
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di
bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di
dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat.
10. Juga
di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan
dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’ lam.
Al-Quran
Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk.
Dari
Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah
S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..