Nisfu Syaaban
Kedatangan ‘Nisfu Sya’aban’. Sedar tak sedar kita sudahpun 13 hari di
dalam bulan Sya’aban. Untuk makluman semua…. Hari Nisfu Sya’aban
akan tiba pada hari Jumaat - esok! malam Sabtu ( sebaik saja masuk
maghrib), 10hb Oktober, 2003 (selepas magrib pada hari 14 Sya’aban
1423H).Saya ingin mengingati diri saya dan sdr. supaya sama-sama
mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita
kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam
untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu
Sya’aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama
setahun
diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb
sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib). Berikut adalah antara amal
ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban) Solat sunat nisfu
sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3 x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam
& mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….Kemudian baca
Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin
Majmuk)
(Datuk nenek kita dizaman dolu-dolu ada yang baca surah Yasin
sebanyak 21x).
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah
haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah
Yusof
di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3
malamnya, Allah turun ke
langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah
orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua
orang
mukmin lelaki & perempuan,melainkan orang yang berzina atau
orang yang
berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta
ampun
dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita
akan
terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa
dengan
ibubapa kita.
Wallahua’alam.