Sahabat atau kawan?

Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?

Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat?

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui,

yang kau lihat berkali-kali,

yang dengannya mungkin kau miliki persamaan,

dan kau berasa gembira bersamanya.

Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu

dan dengannya kau bergurau.

Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka

kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti

kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai ?

bukan kerana kau jatuh cinta padanya,

namun kau mengambil-berat tentang dirinya,

dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.

Sahabat adalah orang yang kau ingat

ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai

kerana kau amat mengenali mereka.

Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki

dan wajahnya selalu di dalam benakmu.

Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu

ketika kau mendengar lagu

kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka,

mungkin mereka pernah memijak jari kakimu

atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.

Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang

kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui

apa khabarmu,

kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasanpun.

Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau

melakukan hal yang sama.

Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah,

mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu

atau menyakitimu,

dan jika mereka benar-benar menyakitimu,

mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar

ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.

Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk,

kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa

yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin

pernikahanmu,

atau orang yang menghantarkan

atau mengiringmu pada saat pernikahanmu,

atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

p/s: ni aku cilok from forwarded mails..meaningful kan..but mmg susah nk cari sahabat dlm planet bumi ni.but somehow i tried my best to increase my sahabat not just kawan.if sume org jadi sahabat sume org then the world will be a better place to live.to all my friends, thanx 4 being my friend.may god bless ur life n may happiness be wif you.tak kira la what name u call me, syaf, syafeerul, reeza, reez…sume sama je.may our frenship lasts forever..

Leave a Reply