Cinta??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
          abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
            sebabnya, namun begitu abang
            memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
          Bagaimana abang boleh
          katakan abang sayang dan cintakan saya
          sedangkan abang tidak boleh
          menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
            abang boleh buktikan
            bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
           abang terangkan
           kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang
           lain yang mempunyai suami
          dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
          mengapa mereka mencintai.
          Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu
          abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara
yang merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai
mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu
lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.
"

me: sape pon yg menulis kisah ini..thanx..that explains why guys can’t explain love. love is unique..wish i can be someone good enough for my partner..

3 Responses to “Cinta??”

  1. L i E z V Says:

    i think u r gut enuf 4 her l :)

  2. Kid aka kimi Says:

    hmmm… who is ur “partner”? wakaka. lg satu agak tedious la nk kene sign in nk post comment.

  3. Emilio Says:

    welkam mr kid aka kimi..yup mmg cam hampeh sket kat sini kalu nk comment..but aku blom berjinak-jinak ngan blogs len yet..mls n x reti.. ;D

Leave a Reply