Archive for February, 2006

Cinta??

Tuesday, February 28th, 2006

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
          abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
            sebabnya, namun begitu abang
            memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
          Bagaimana abang boleh
          katakan abang sayang dan cintakan saya
          sedangkan abang tidak boleh
          menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
            abang boleh buktikan
            bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
           abang terangkan
           kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang
           lain yang mempunyai suami
          dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
          mengapa mereka mencintai.
          Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu
          abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara
yang merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai
mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu
lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.
"

me: sape pon yg menulis kisah ini..thanx..that explains why guys can’t explain love. love is unique..wish i can be someone good enough for my partner..

babies of the 80s

Tuesday, February 21st, 2006

tersenyum sorg2 bila baca ni..hehe

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking
tebal laaa…

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, ‘Ti Kam’.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakannye lahir thn 1987/88. skarang digelar ‘remaja’.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt  member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa…hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

p/s: mende ni aku repost from my friends blog..dia pon dapat dr sumwhere..whoever yg buat mende nih..thanx man! you reminded us bout those good sweet old dayz..

masa

Thursday, February 16th, 2006

masa berlalu pantas..detik demi detik berlalu tanpa kusedari.saat ini aku sudah sampai ke hujung semester.dan selepas ini tamatlah tahun 4 aku di bumi uniten ini.pejam celik aku sudah makin tua rupanya.sem hadapan aku bakal menjalani practical a.k.a industrial training.lepas tu 5th year.dan kemudian grad..seorang sahabat pernah datang menemuiku lalu bertanya,

sahabat:    apa ko nak buat bile da grad?

aku:          err…keje la

sahabat:    lepas tu?

aku:          hmm bile da stabil economy then bina family lor..

sahabat:    lepas tu?

aku:          (isk banyak btol pstu mamat nih)..

sahabat:    tatau? hmm tu la.life kita ni sepatutnya ada matlamat yg jauh 

                lebey bererti dari sekadar bekerja dan pulang ke rumah bersama

                famili.

kami tros berdiskusi..hmm ape sebenonye matlamat hidup kita semua.pastinya mendapat keredhaan tuhan menjadi keutamaan tapi apakah usaha kita mampu menggamit visi itu.hingga kini aku masih merenungkan soklan itu.mencari kebenaran dalam hidup ini.baru2 ini aku diduga dengan sedikit permasalahan kecil.dari situ aku sedar tentang sesuatu.mungkin kejadian itu memberi aku sedikit petunjuk arah hidupku suatu masa akan datang.insyaAllah…

Life…

Tuesday, February 14th, 2006

Life…

1.      I love you not because of whom you are, but because of who I am when I am with you…

2.      No man or woman is worth your tears, and the one who is, won’t make you cry.

3.      Just because someone doesn’t love you the way you want them to, doesn’t mean they don’t love you with all they have.

4.      A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

5.      The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can’t have them.

6.      Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

7.      To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

8.      Don’t waste your time on a man/woman, who isn’t willing to waste their time on you.

9.      Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

10.  Don’t cry because it is over, smile because it happened.

11.  There’s always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

12.  Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

13.  Don’t try so hard, the best things come when you least expect them to.

14.  REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.

15.  True friends: How many people actually have 8 true friends?

Hardly anyone I know! But some of us have all right friends and good friends!!!