Archive for August, 2005

JB

Friday, August 19th, 2005

dah lama aku tak menconteng arang ke blog nih…hmm last week aku gi JB teman rakan seperjuangan aku melawat gf dia (actually masa g melawat tu blom jadi gf lagi..) hm kitorang bertolak pagi sabtu dan sampai kira2 jam 1.30pm di hospital JB..hospital apa ntah..tak ingat..hospital beso kot..jumpe la si gadis yg manis..dia ditahan di hospital sebab denggi..pastu on that day platlet darah dia amat rendah..around 20 jek..normally 150..heh aku pon tatau pasal mende2 nih.tak nah amik bio pon…dia yg gitau so aku percaya la bulat2…lebey kurang kol 2.15pm kitorang dihalau kluar oleh mak guard sebab masa dah time…hmmm dia cuma menjalankan tugas..so kitorang pon kuar..tetiba jek idea ‘hitch‘ aku muncul di kepala.. tau tak ‘hitch‘ tu apa??ala movie yang will smith blakon baru2 nih tu…tatau gak..tengok sini

>>> HITCH

aku suh la sahabat aku ni propose memandangkan time tu agak sesuai..heh suka2 ati aku je ek..ah aku suggest je..nak ikot tanak suka ati..haha…pastu setelah beberapa minit berpikir akhirnya si jejaka memberanikan diri untuk kembali ke dalam hospital dengan alasan tertinggal barang..aku tunggu di luar melayan mak guard tu borak2 jap..about 2.25pm dia kuar dan muka dia sungguh gembira…hahaha…derang da dengan rasminya menjadi pasangan…hopefuli berkekalanla hingga ke anak cucu cicit cuit yek…malamnyer kitorang lepak di rumah family rakanku di bandar JB..soknyer balik ke UNITEN tapi singgah di melaka nak tuka kete..heh kete rosak la plak..overheat..seb bek ada pengalaman ngan sorang lagi sahabat b4 this masa gi uum…abis citer..huhu aku ni dok travel je lately..perlis la jb la..pasni ntah mana2 la plak…

hmm aku nak amik kesempatan nih ntuk mengucapkan jutaan tahniah kat sahabtku yang baru saja mendirikan surau itu..harap2 tak lama lagi bole diupgrade ke masjid ye..ciow…

jerebu!!!!

Thursday, August 11th, 2005
  • KUALA LUMPUR 10 Ogos - Semua sekolah-sekolah di ibu negara, sebahagian Selangor serta universiti di Shah Alam diarah tutup mulai esok apabila jerebu paling teruk - pernah tercatat - melanda kawasan itu hari ini.
  • Kerajaan hanya akan mengisytiharkan darurat alam sekitar jika IPU mencecah 500. IPU diukur berdasarkan tahap 0-50 Baik, 51-100 Sederhana, 101-200 Tidak Sihat, 201-300 Sangat Tidak Sihat dan 301-500 Berbahaya.
  • Jerebu bukan sekadar asap biasa. Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.

  • As at 6am Thursday, Port Klang recorded an API reading of 534 while Kuala Selangor recorded 510, Health Minister Datuk Dr Chua Soi Lek told reporters after attending a meet-the-people session with the Chinese community here.

  • Statistics from the Department of Environment (DOE) at 11 am showed several areas also recorded high API readings - Shah Alam 371, Putrajaya 364, Petaling Jaya 349, Kuala Lumpur 321, Gombak 234, Kajang 189, Nilai 170 and Seremban 131.   

Keadaan di sekitar lembah klang bertambah buruk mutakhir ini.Jerebu yang melanda tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berkurang dalam tempoh terdekat.UNITEN pon da cuti bermula jam 2pm tadi..harap2 keadaan akan kembali normal tak lama lagi.aku pon da stat penin2 sket..cuma yg kurang best sket test 1 control system telah di postpone..yeke x best??? ntahla..just tak best sebab aku da stat stadi untuk mende nih sbenanyer..biasanya aku x stat lagi..so nampaknya 2 3 hari nih aku akan kembali bermain game sahajalah since pc aku pon dah kembali ke paras normal lantas membolehkan aku untuk bermain beberapa game yg best!!

news provided by utusan malaysia and the sun.

happy 21st birthday!

Thursday, August 4th, 2005

apa yg berlaku semalam sungguh di luar jangkaan dan sangat mngejutkan jiwa raga ku…

2 hari lepas aku telah dimaklumkan bahawa kelas Digital Signal Processing aka DSP akan dibatalkan untuk sepanjang minggu ini…jadi pada hari rabu, 3rd august, iaitu semalam, aku xde klas langsung memandangkan aku hanya ada klas dsp pada hari rabu tu…cuti sehari…lecturer aku akan terbang ke luar negara untuk tempoh sebulan..klas dsp akan digantikan lecturer lain sepanjang tempoh itu.pastu aku gi amik hp yg aku tompang charge kat bilik shima..eh lupa nak gitau..aku da pinjam hp auntie aku buat masa ni n no pon aku tak ingat lagi..uh nantila aku letak num tu…malam tu aku dinner di upten bersama amir shima dan dalia…aku berdiskusi dengan mereka tentang patutkah aku melakukan kerja best yg sedikit gila ini…(aku nak ke indera kayangan lagi)..drive all da way…selepas berdiskusi sambil melantak…hasilnya kenyangla perutku tapi masih tiada keputusan tentang plan best itu…x lama selepas itu aku pon bertolak pulang ke serdang…masuk ke rumah dan mandi-manda…aku masih kompius…x lama kemudian aku pon msg sahabatku si ad (bukan nama sebenar) "nak pergi tak?"…heh mamat ni mula2 nak join aku gi pastu x jadi pastu jadi pastu x jadi…aku pon x paham…aku call lady c tanya bole tak nak pg sana..mula2 dia cam berat nak izinkan.heh ye la da kata jauh, bahaya..tapi setelah aku taburkan ayat2 best akhirnya dia mengalah…aku pon gembira..hehe sebenarnya aku tau dia mmg nak aku pg (heh ye ke?? entah2 aku je yg perasan….) da lama sgt tak jumpe, cuma jarak yg jauh ni yg buat dia x kompiden tu..maka semakin nekadla nak pergi..ad pon x balas2 msg aku.tak pergi la tu kot.assume camtu je la..da lambat nih..so aku pon siap2 barang keperluan dan sumbat dlm beg..tuka pakaian dan bersiap ala kadar…pastu keluar umah..membe2 rumahku sempat menghulurkan senyuman penuh makna kat aku sebelum bertolak..hish mesti derang tau plan best aku nih..mesti ad bg tau…ah takisah la…aku pon reply senyuman best gak..pastu turun ke kereta iswara hitam yg da agak uzur tu…pastu ad msg…"aku pg,on da way dtg" pulak dah…ok2 aku tunggu yek…sambil2 menunggu tu aku pon check kete nyer minyak itam n air…minyak tu memang itam so x perlu riso la kan…pastu air tu aku tak nampak la plak.ish air kan xde warna cmne aku nak nampak.kira ada la tuh…menghampiri kol 12 tgh mlm aku menerima beberapa msg burfday dr 3 org yg da tau num aku nih…temasuk la si lady c…she’s the 1st..haha best…kol 12 lebey sket aku msg mama…bg tau hp tu da bole berfungsi..mama call balik pastu dia pon wish gak…thanx..ad sampai time aku borak ngan mama..tunggu jap ek…bila da setel borak ngan mama aku pon stat kete dan bergerak meninggalkan bumi serdang menuju indera kayangan…sepanjang perjalanan aku tdo 45 min kot..selebihnya aku drive or dengar radio or layan ad borak…sampai di perhentian gurun lebey kurang kol 6.40am…subuh n mandi…trus drive balik…sampai di indera kayangan kol 8.30am.singgah beli fud kat kedai ntuk breakfast kat umah lady c…tak lama kendian sampaila ke rumah dia..lepas makan lepak2 jap sambil nonton tv…pastu kitorang pon berangkat menuju uum..adik dia ditinggalkan…uh sowi la ek..nak gi becinta xle bawak budak2 under age…hahaha..sampai uum amik awek ad then gi town indera kayangan specifically sebuah shopping mall…aku nak beli sandal sebenarnya…pusing2 n banyak stop gak coz ramai orang kenal dia…negeri ni kecik sangat la…isk…pastu kitorang have lunch kat sebuah restoran..dia belanja…untung si ad n awek dia…lepas makan kitorang sambung shopping coz td tak beli lg..survey jek..tis time nak gi beli..tapi malangnya xde size la plak…uh tpaksala aku terus memakai sandal yg da uzur nih..kemudian dia ajak gi tgk baju.dia nak belikan shirt…isk aku mana pakai sangat shirt yg best2 nih…seganla..aku ni asyik pakai t-shirt biasa2 je..simple…aku tanak…dia heret aku ke tempat t-shirt..uh cantik t-shirt yg dia angkat tp aku tanak…xyahla bagi pape..aku tanak pape pon…tp setelah dia memujuk beberapa kali…cairla aku…beli gakla t-shirt tu…huhu ada baju baru…petang menjelma..kitorang bertolak kembali ke uum..pusing2 di tasik uum n anta awek ad..pastu kitorang berempat menuju ke rumah lady c sekali lagi untuk menghantarnya pulang..sakit perut la plak..angin kot…sampai umah lady c parent dia da ada…borak2 jap sambil minum air sirap…pastu mama lady c tu tanya tdo kat mana malam ni…pastu ckpla da nak balik terus..mama suh mandi dulu..aku pon buat je tanpa membantah…tapi perut sakit ni…tahan je lar..pastu siap solat maghrib yg dijamakkan ngan isya’ tu aku lepak2 ngan famili lady c tgk tv jap..abah dia pulang membawa bihun sup..apa lagi, melantak la para sahabatku..aku plak as usual makan ala kadar je…ditambah pula ngan keadaan perutku yg ta berapa stabil ni…pastu abah dia bagi ubat, ntuk angin katanya..aku pon makan la…kol 9.30pm kitorang berangkat pulang..sedey pulak jiwa ini..aku drive sampai perhentian gurun..sepanjang perjalanan tu aku agak pasif, rindu plak…kakakaka…selepas tu tuka driver…aku tido sampaila kitorang sampai di serdang balik pada pukul 9.30am tadi…continue life as usual..

to everyone yg involve sepanjang 2nd and 3rd August 2005, aku ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih yg tak terhingga kerana that was the best burfday…thanx everyone n thanx a lot dear!!

jiwa lara

Monday, August 1st, 2005

sepanjang seminggu lalu..hidup rasa tak bahagia…hati berduka…jiwa lara…sejak e398 hilang, rasa banayak perkara berubah…terasa bagaikan berada di suatu dimensi berbeza.aku sedih..rindu pada e398, penghubungku dengan ramai insan di muka bumi ini…tanpa e398 aku kehilangan hampir separuh kisah silamku…di dalamnya ada begitu banyak nombor para sahabat.ah nampaknya aku mungkin akan kehilangan sebahagian darinya…mungkin ada hikmah di sebalik pemergian e398 ini…sabarlah…

sepanjang minggu lalu aku tak banyak berada di kingdom of players..ulang alik dari rumah ibubapaku…minggu ini harap2 aku dapat kembali ke rumah sewaku..dah tak larat nak travel hari2 sebenarnya..sedikit penat….skarang aku sedang melepak di kmc…kejap lagi aku akan bermain basketball bersama rakan2 dan kemudian pulang ke teratakku….